Ikut Blog Kami

Album Kami

Album Kami
Koleksi Nasyid Indie Vol. 2: Nasyeed Semesta

Mengenai Kami

Sedikit taaruf mengenai kami. Insya-Allah, moga kalian lebih dekat dengan kami setelah mengenali kami. Kata orang 'tak kenal maka tak cinta'. Ayuh kita berkenalan dan bercinta!

Bytiey bermaksud By Taqwa, Iman, Ehsan and Youthfulness (Dengan Takwa, Iman, Ihsan dan Jiwa Keremajaan), yang juga bermaksud rumahku dalam Bahasa Arab dan diambil daripada perkataan Bayati yang merupakan salah satu lagu tarannum al-Quran, telah ditubuhkan pada tahun 2006 di sebuah rumah bekas ahlinya di Losong, Kuala Terengganu iaitu Ahmad Muzani Abdul Rahman (kini menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir) yang merupakan pengasas kumpulan ini bersama 3 orang lagi pengasasnya iaitu Muhammad Nasih Ulwan Zakaria (kini menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir), Mohd Fidaus Mamat (kini sudah bekerja sebagai inspektor kesihatan) dan Ahmad Kamal Hafizullah Sidek (kini menuntut di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah, Manir).

Nasih Ulwan dan Mohd Firdaus masih kekal dengan kumpulan ini, Ahmad Muzani kini bersama kumpulan Al Wadi (PMRAM) yang juga memperjuangkan irama nasyid manakala Kamal Hafizullah pula sudah tidak bersama Bytiey lagi. Kumpulan ini turut dianggotai oleh Qatadah Zakaria (sekarang menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia), yang mana mereka berlima merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Kuala Terenganu. Bytiey dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli baru iaitu Syukri Hashim (kini menuntut di Universiti Malaya). Semua ahli Bytiey berasal dari Terengganu.

Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang seni nyanyian, mereka mengambil keputusan untuk bergandingan demi satu visi iaitu sebagai penghibur dengan hiburan Islam melalui platform nasyid.

Bytiey kini sedang bergiat aktif dalam bidang seni suara dan sering dijemput dan memenuhi undangan untuk mengadakan persembahan di majlis-majlis keraian, majlis di sekolah, majlis perkahwinan, konsert dan sebagainya. Antara pencapaian yang pernah digarap ialah mendapat johan musabaqah nasyid peringkat negeri pada tahun 2006.

Antara pencapaian yang pernah digarap ialah mendapat johan musabaqah nasyid peringkat negeri pada tahun 2006. Selain itu Bytiey pernah muncul dalam album Koleksi Nasyid Indie 2: Nasyeed Semesta dengan mempertaruhkan single Hijrah. Bytiey bakal terbit dengan album pertama pada akhir tahun 2012 ini, insya-Allah.

DETAIL;

1. Genre muzik: Nasyid Klasik, Nusantara & Moden (Kontemporari).

2. Ahli Bytiey:

1. Nasih Ulwan.
http://www.facebook.com/nasehulwan

2. Mohd Firdaus.
https://www.facebook.com/firdaus.mamat

3. Qatadah Zakaria
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000301134311

4. Syukri Hashim.
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001118898542

3. Tempat tinggal: Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur.

4. Pengurus: Zaid Azlan ( 013 821 0119 ).

5. PR (Hubungan Awam): Noorahmad Hakim (013 965 5984).

6. Laman web lama: http://www.bytiey.webs.com/